rss feed blog search engine
 
Search rss blog search engine
 
Ikan Ketutu (Oxyeleotris marmorata)  
Released:  10/17/2009 11:29:41 PM
RSS Link:  http://k22-goby.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Last View 11/20/2009 5:37:15 PM
Last Refresh 11/21/2009 3:07:56 AM
Page Views 208
Comments:  Read user comments (0)
Share



Description:



Info tentang ternakan ikan ketutu / marble goby / soon hock / ikan ubi


Contents:

Senarai Tawaran Anak Benih Ikan Air Tawar - November 2009
Berikut merupakan anak benih ikan air tawar yang ditawarkan :
  1. Benih Ikan ketutu - Saiz 1" ke 9". (Tiada minimum order dan hubungi saya untuk saiz timbang)
  2. Benih Ikan keli - Saiz 1"-5" (Minimum order 10,000)
  3. Benih Ikan tilapia merah - (Minimum order 10,000).
  4. Benih Ikan puyu - (Minimum order 10,000).
  5. Benih Ikan sepat ronggeng, sepat siam dan haruan - (Dibuat berdasarkan permintaan)
Harga masih boleh ditawar bergantung pada kuantiti pesanan.




Ikan ketutu sebagai ikan hiasan


Selain dari sedap dan sesuai dijadikan sebagai juadah istimewa samaada bersama keluarga atau untuk santapan pengantin, ada juga di kalangan peminat spesis goby atau 'monster fish' yang menjadikan ikan ketutu sebagai ikan hiasan.Corak pada badan dan jenis nya yang suka mendiami dasar akuarium membuatkan ianya sesuai digandingkan dengan ikan-ikan lain.

Namun begitu dalam keadaan tertentu gandingan bersama ikan-ikan lain perlu dielakkan kerana ianya dari jenis karnivor. Sifat karnivor(kawan makan kawan) selalunya terjadi di kalangan ikan karnivor kerana kekurangan makanan.









..






Anak Benih Ikan Ketutu Saiz 300g-500g
Untuk makluman buat masa ini anak benih ikan ketutu saiz 300g-500g tiada dalam stok. Untuk order saiz 300g-500g perlulah dibuat awal. Sekian - Oktober 2009





Salam Aidilfitri Buat Pembaca dan Pelanggan Muslim




Benih Ikan Ketutu / Marble Goby Fry
For your information, marble goby fry is available from 1" to 9". However other sizes also available depending on stock.

Untuk makluman saiz benih ikan ketutu adalah dari 1" ke 9". Walau bagaimana pun order untuk saiz lain daripada itu juga diterima bergantung pada stok.

Sekian.



Infomation about parasite
Parasites pose a very real risk to to fish All fish are potential hosts to many different species of parasites. Small numbers of parasites are common and probably do little harm. However, all parasites have tremendous reproductive potential and can, under ideal conditions, quickly overwhelm fish in the confines of a tank or pond.

We can broadly class parasites into two groups.

Ectoparasites - are found on the external surfaces such as skin, fins and gills
Endoparasites - are uncommon in ornamental fish.

However, there is a wide diversity of blood parasites, worms that colonize the intestines and other parasites that can invade various organs and tissues. Many require an intermediate host, such as snails, birds or the introduction of an infected fish, and so are rare in pond/ aquarium fish. There are a variety of clinical signs which might indicate the presence of endoparasites. Lethargy accompanied by emaciation is a common sign, as are worms protruding from the anus. Identification of sporozoan and protozoan endoparasites often requires microscopic examination of tissues.




Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)
Kefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan ketutu terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik.

Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar.


Gambarajah diatas menjelaskan serba sedikit tentang kitaran nitrogen didalam air. Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam.

Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan.

Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan.

Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit.

Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam.

Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara.

Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran.



Maklumat Tentang Ikan Ketutu / Soon Hock
Species : Oxyeleotris marmorata Blkr

Nama Panggilan lain:
  • Malay - Belontok, Ketutu, Haruan Bodoh, Bakukut
  • Chinese, Cantonese - Soon Hock
  • Laotian - Pa bout, Pa bou, Pa boo
  • Thai - Prabu, Pla bu sai, Pla bu, Pla boo sai, Pla boo jack
  • Danish - Marmoreret sovekutling
  • Finnish - Marmoritorkkuja
  • German - Marmorgrundel
  • English -Marbled sleeper, Marble sleeper, Marble goby, Goby
  • Japanese - Kawaanago
  • Indonesian - Ikan malas, Ikan hantu, Ikan bodoh, Ikan bloso, Ikan betutu, Ikan belutu, Ikan bakut
  • Khmer - Damrey, Trey damrei, Trey damrey
  • Vietnamese - Cá bong tuong, Cá Bong
  • Tagalog - Bia



Ketutu





Kursus Pembenihan Ikan dan Penghasilan Makanan Ternakan 2009



  • Kursus Pembenihan keli diadakan dan disertakan dengan kursus penghasilan makanan ternakan atau pellet ikan.
  • 2 kursus dalam 1 masa.
  • Dapat mempelajari kaedah dan teknik dalam menghasilkan sendiri pellet sebagai langkah mengurangkan kos dalam ternakan ikan.
  • Juga pelajari teknik dan kaedah menghasilkan benih keli melalui teknik aruhan.
  • Anjuran : Ami Aquatic Farm


Di blog Wak Lele, antara perkhidmatan yang dijalankankan adalah :
1) Menjual ikan keli hidup
2) Menjual ikan tilapia merah hidup
3) Menjual tangki Polytank untuk perikanan
4) Menjual hormon pembenihan ikan
5) Menjual benih ikan keli
6) Khidmat nasihat
7) Kursus penternakan dan pembenihan ikan keli



Info Ketutu, Belontok, SoonHock, Marble Goby


Ketutu, Soonhock, Marble goby, Haruan Bodoh, Belontok diantara nama panggilannya merupakan species terbesar dari kalangannya, isi yang sedap dan selalu dihidangkan di restoran-restoran.

Walaupun ikan ini adalah jenis pemangsa namun ia agak malas mengejar mangsanya.Kebiasaannya ikan ini hanya menunggu mangsa yang berada berdekatan persembunyiannya dan menyerang apabila mangsanya berada cukup dekat dengannya.

Warna dan corak di badannya menjadi samaran yang cukup baik untuk tujuan ini terutamanya di tebing sungai dan tebing berbatu.Ikan ini boleh didapati di tebing kolam tadahan bersembunyi di celah-celah batu ataupun di bawah jeti.Ia juga boleh ditemui di tebing sungai yang cetek berlindung di sebalik semak tinggi untuk keselamatan dan untuk menyerang mangsanya.

Ikan ini lebih aktif di waktu malam dan berkemungkinan akan keluar dari persembunyian untuk mencari makanan. Kebiasannya ia memakan ikan-ikan kecil,udang dan cacing.

Sifatnya yang tamak menjadikan ianya mudah ditangkap jika lokasinya diketahui.Ia boleh ditangkap menggunakan perangkap,salah satu cara ialah dengan meletakkan sebatang paip dengan umpan di dalamnya.Ini akan mendorong ikan ini ke dalam paip itu.Ikan emas hidup adalah salah satu umpan yang berkesan. Penggunaan bubu juga merupakan antara cara yang selalu digunakan untuk menangkap ikan ini.



Lernea Atau Anchor Worm pada ikan ketutu

Parasit ini boleh menyusahkan jika tidak dijaga. Cacing dewasa boleh mencapai 12mm panjang dan berwarna putih kekelabuan dan melekat pada ikan dengan ekornya seperti cangkuk.Hanya ekor ini sahaja yang boleh dinampak pada mata kasar.Cacing ini perlu dirawat segera sebelum jangkitannya merebak.

Cara Pengawalan 1

Satu-satunya cara yang dikenal pasti untuk membunuh parasit ini tanpa membunuh ikan adalah dengan menggunakan Dimlin Powder.Ia boleh digunakan dengan selamat dalam apa juga suhu dan bertindak dengan cara memastikan telur-telur cacing ini tidak akan menetas selepas penggunaan Dimlin Powder ini.

Masukkan Dimlin Powder dengan kadar 1 gram per ton air kolam.Timbang kuantiti yang diperlukan dan campurkan dalam baldi plastik dengan air kolam. Pastikan serbuk itu melarut sepenuhnya kemudian masukkan ke dalam kolam.

Dos kedua mungkin diperlukan untuk memastikan seluruh kitaran hidupnya telah dihapuskan.Selepas dos kedua ini cacing dewasa yang telah mati namun masih tergantung dari ikan itu boleh dibuang dengan menggunakan penyepit tetapi haruslah dipastikan dibuang kesemua bahagian cangkuk dan ekornya.

Cara Pengawalan 2

Terdapat satu lagi cara untuk menghapuskan cacing ini namun lebih perhatian diperlukan untuk membuang kesemua bahagian cacing ini iaitu dengan mencampurkan 1 gram Potassium Permanganate ke dalam 25ml air panas.

Larutkan dan celupkan penyepit ke dalam larutan sebelum membuang cacing ini.Sebaik sahaja larutan ini menyentuh badan cacing ,ia akan melepaskan pegangannya dan ia bolehlah ditarik keluar dari ikan dan air.Lap hujung penyepit dengan tisu bersih untuk membuang semua kesan sebelum membuang cacing yang seterusnya.







Home  
 



Link to us




RSS Feed of new blogs                                                   Home        Feed Map        Submit Feed      Link to Us       Contact